Selepas tiga hari terperangkap ke dalam perigi sedalam 10 meter, akhirnya kanak-kanak berusia lima tahun dikenali sebagai Haidar disahkan meninggal dunia.
Memetik laporan BBC, pasukan penyelamat menarik keluar Haidar dari perigi petang tadi selepas operasi menyelamatkannya dijalankan sejak beberapa hari lalu.
Sebaik sahaja diselamatkan anak-kanak lelaki itu tidak memberi tindak balas dan tidak bernafas ketika ditarik keluar dari telaga tersebut.
Menurut laporan, insiden menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.
Haidar dilaporkan terjauh perigi buta itu dikatakan mempunyai kedalaman 24 meter namun tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.
Sebelum ini, berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.
Dua minggu lalu, insiden serupa turut dialami seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama Rayan di mana dia telah terperangkap lebih empat hari dalam pergi sedalam 32 meter di Maghribi.
Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir dengan tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.