Ahmad Maslan Tolong Mangsa Banjir Tapi Nampaknya Ada Sesuatu Yang Tak Kena

Permulaan tahun 2021, kita dikejutkan dengan berita banjir besar yang berlaku di beberapa negeri. Malah, banyak rumah mengalami kerosakan teruk susulan banjir berkenan.

Berikutan banjir melanda, pelbagai bantuan termasuk sukarelawan serta ahli politik turun padang untuk membantu, termasuk ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang baru-baru ini turun ke Kuala Krau, Temerloh Pahang .

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Ahmad Maslan ada memuat naik video sedang membantu mangsa banjir untuk membersihkan rumah yang terjejas. Bagaimanapun, lain pula yang mencuri perhatian netizen.

Netizen berkata beliau dilihat agak kekok dan tindakannya membersihkan rumah itu hanya dilakukan untuk prses bergambar serta video sahaja.

Malah, netizen turut terhibur dengan telatahnya yang menolak air menggunakan penyapu daripada tengah-tengah kawasan lantai dan bukannya bermula dari belakang.

Netizen turut berseloroh mengatakan jika begini cara beliau membersihkan lumpur, sampai habis darurat Ogos depan belum tentu rumah berkenaan akan bersih.

Bagaimanapun, itu hanya dakwaan netizen semata-mata. Apa pun anda boleh saksikan sendiri aksi Ahmad Maslan menerusi video yang dikongsikan di atas.