Akaun Palsu Biadap Dengan Tuanku Permaisuri Agong Di Instagram, Memang Kurang Ajar

0
8215

Seperti yang kita tahu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sifatnya yang ramah dan sering menggunakan akaun media sosialnya untuk berikteraksi dengan rakyat.

Malah, baginda juga sering berkongsikan resepi masakan dan aktiviti menyulam untuk tatapan rakyat. Bagaimanapun, baginda juga tidak terlepas dengan sikap biadap sesetengah netizen yang meninggalkan komen kurang ajar.

 

Menerusi Instagram, baginda berkongsikan komen biadap yang ditinggalkan oleh seorang netizen dengan mengatakan individu yang mengalami cirit birit supaya membuang air besar.

Bukan hanya meninggalkan komen biadap, malah turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘sial’ di penghujungnya.

Tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen itu dibuat, namun akaun netizen berkenaan merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan.

Tidak hanya berdiam diri, Tunku Azizah kembali membalas komen berkenaan dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ serta menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Perkongsian baginda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ternyata terkejut dengan komen biadap individu berkenaan serta mencadangkan baginda mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu.