Akhirnya Rahsia Pekerja R&R Terbongkar, Lelaki Ini Dedah Cara Mereka Pergi Kerja

Pasti ramai daripada anda yang tertanya-tanya bagaimana pekerja R&R ke tempat kerja mereka. Adakah mereka perlu melalui jalan jauh di lebuh raya untuk ke tempat kerja?

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang lelaki @syahirnordin di aplikasi Tiktok mengenai persoalan tersebut sekaligus menjawab tanda-tanya anda semua.

Rupanya, mereka mempunyai satu laluan di belakang R&R seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan menunjukkan jalan yang sering digunakan oleh pekerja R&R untuk ke tempat kerja dan turut kelihatan sebuah terowong.

Dibelakang R&R turut mempunyai jalan kampung yang membolehkan untuk sampai ke hentian terdekat dan bukannya mereka melalui jalan di lebuh raya seperti yang dijangka.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan baru mereka tahu tentang perkara itu.

Malah, ada yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan di atas perkongsian itu kerana dalam masa sama mereka mempelajari perkara baru.

SUMBER: TikTokĀ