Akhirnya Terjawab, Proton Perdana Terbiar Di UK Rupanya Milik Tun M

Baru-baru ini tular satu perkongsian video di YouTube oleh Lost Adventure yang menemukan kereta buatan Malaysia yang terbiar dalam sebuah bangunan di terbengkalai di United Kingdom.

Untuk pengetahuan anda Lost Adventure merupakan satu saluran YouTube yang seirng menjelajah ke banggunan terbengkalai bagi merungkai misteri yang terdapat di lokasi yang diterokai mereka.

Menerusi penggembaraan itu, mereka menemui prototaip kereta-kereta mewah, kereta klasik dan kereta lain bernilai jutaan ringgit.

Apa yang mengejutkan, terdapat sebuah kereta Proton Perdana yang kelihatan masih baharu dengan plastik tempat duduknya belum dibuka menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Malah, jelas kelihatan nombor pendaftaran kereta berkenaan iaitu VK 5231 merupakan kos pendaftaran dari Kuala Lumpur. Bagaimanapun, segala teka teki akhirnya terjawab apabila seorang netizen di Facebook mendedahkan bahawa kereta itu milik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perkongsian itu, kereta itu dihantar kepada syarikat Frazer-Nash Research Ltd di United Kingdom pada 2016 untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan yang difahamkan berkaitan dengan pembangunan teknologi hibrid.

“Cerita dia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk tukar kereta biasa kepada kereta hibrid melalui syarikat R&D milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan dekat UK.

“Oleh sebab Tun M ini jenis yang suka akan teknologi baru dan tidak mahu kita ketinggalan, atas inisiatif dia sendiri, dia hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D (Boleh rujuk surat kat bawah),” tulisnya.

Katanya lagi, jika R&D itu berjaya, Proton akan berupaya untuk menghasilkan kereta hybridnya sendiri dan bersaing dengan jenama terkemuka dunia yang sudah pun mempunyai model hybrid masing-masing.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D atau pun tidak dan sepatutnya kereta itu telah dibawa pulang.

SUMBER: Free Malaysia Today