Akhirnya Terjawab, Suspek Macau Scam Berjaya Lari Dibantu Dua ‘Bodyguard’

Umum mengetahui baru-baru ini hangat diperkatakan apabila suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri daripada SPRM. Kes itu sekaligus mencetuskan persoalan netizen bagaimana suspek tersebut boleh panjat pagar bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, segalanya terjawab dimana dalam kejadian yang berlaku pada 11 Oktober itu, sembilan suspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di tiba di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing dan berlaku kekecohan.

Hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

Difahamkan, suspek utama kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu dilihat menuju ke pintu pagar utama.

Menerusi rakaman CCTV, suspek berjaya melepasi pagar tersebut dengan bantuan dua orang pengawal peribadi. Malah, sebuah kereta Perodua Myvi telah menunggu di tepi jalan bersedia untuk melarikan suspek.

SUMBER: Harian Metro