Sejak bulan lalu, ada saja kontroversi terpalit usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri lebih-lebih lagi muzik video lagu rayanya yang mencetuskan sensasi.
Terbaru, perkongsian dikongsikan usahawan itu sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video detik cemas salah seorang pekerjanya telah dirasuk.
Menerusi posting di Instagram itu, Aliff bersumpah bahawa kejadian itu benar-benar berlaku dan bukannya gimik.
Kata Aliff lagi, dia turut pelik dengan pekerja wanita tersebut dimana tenaganya mengalah peninju antarabangsa, Hulk Hogan.
Seperti sudah disangka, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan video tersebut adalah marketing untuk mempromosikan produk keluarannya.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan susah untuk percaya apatah lagi sebelum ini pelbagai drama terpalit usahawan itu.
Sementara itu, ada netizen mengatakan mungkin video kali ini sememangnya benar kerana Aliff turut menunjukkan bahagian tepi matanya berdarah akibat ditampar ketika menenangkan pekerjanya.