Aliff Syukri Pernah Suruh Buat Video Viral Demi Duit, Ini Respon Pedas Chef Wan

Tampil dengan lagu raya berjudul Kelepok Raya, bagaimanapun muzik video lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu dikecam teruk oleh netizen.

Malah, usahawan itu turut dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) susulan muzik video tersebut.

Muzik video itu turut mendapat perhatian pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang berpendapat Aliff patut disiasat kerana menghasilkan lagu Raya yang sangat teruk.

Dalam pada itu, Harith turut berpendapat bahawa Aliff tahu apa yang dilakukannya hanyalah untuk marketing semata-mata.

Perkongsian Harith itu turut menarik perhatian Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang meninggalkan komen pada entri tersebut.

Chef Wan mendedahkan Aliff pernah memberitahunya meskipun ramai yang mengutuknya namun dia tetap memperoleh wang yang banyak daripada laman YouTube miliknya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah jawapan pedas daripada Chef Wan buat Aliff dimana beliau bukan seorang yang gila duit dan mempunyai kelas tersendiri.

Chef Wan turut menitipkan kata nasihat kepada Aliff jika mahu mencari duit kerana di sumpah dan dimaki lebih baik tidak payah. Ujarnya lagi, dia mencari rezeki atas keredaan Allah bukan kerana manusia.

Terdahulu, Aliff hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memberikan keterangan selama 5 jam.

SKMM juga telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat perkara tersebut di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SUMBER: Cari Forum