Alvin Chong Terima Gambar Anu Budak Sekolah Di Instagram

Pelakon Alvin Chong mendedahkan sering menerima gambar-gambar lucah kemluan lelaki dan wanita menerusi mesej di Instagram.

Memetik Astro Gempak, Alvin berkata perkara tersebut sangat menakutkan kerana ada yang sanggup berkongsikan gambar tidak senonoh pada individu tidak dikenali.

“Banyak kali juga saya terima gambar-gambar lucah di Instagram. Lelaki dan perempuan pun hantar. Bukan itu saja, budak-budak yang masih berpakaian sekolah pun ada yang hantar. Apa yang nak dengan Malaysia ni?

“Saya memang terkejut apabila melihat situasi seperti ini. Sebab hal ini dilihat sebagai satu masalah yang kurang sihat dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Bagaimanapun, Alvin berkata dia tidak membalas mesej gambar yang diterima kerana tidak mahu memanjangkan perkara yang tidak baik. Malah, dia juga risau dengan anak muda sekarang dari segi penggunaan media sosial.

“Memang saya tidak akan balas apa-apa kepada yang hantar gambar seperti itu. Sebab kalau balas mesti mereka akan buat lagi. Disebabkan saya tidak setuju dengan hal ini, saya ambil keputusan untuk diamkan saja.

“Agak risau dengan generasi sekarang. Tapi nak buat macam mana, apa yang berlaku di media sosial memang tak boleh dikawal. 

“Budak-budak muda ni ada sifat ingin tahu. Jadi kita sebagai orang dewasa kena didik mereka, apa yang betul apa yang tidak.

“Sama juga jika satu hari nanti saya ada anak, saya akan terangkan kepada mereka kenapa hal-hal lucah ini tidak baik untuk diri sendiri,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak