Ambil Gambar Di Media Sosial, Ugut Hantar Santau Kalau Tak Bagi Duit

Sejak kebalakangan ini ada sahaja cara digunakan oleh scammer untuk mengaut keuntugan dengan cara yang cepat. Hampir setiap hari ada sahaja kes menjadi mangsa scam dikongsikan.

Namun, siapa sangka dizaman serba moden ini ada yang menggunakan cara syirik menakutkan orang untuk mendapatkan wang.

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Cikgu Seo berkongsikan modus operandi digunakan pihak scammer ini dimana mereka menakutkan mangsa sehingga terpaksa membayar wang yang diminta.

Cara digunakan scammer ini mudah sahaja, mereka mengambil foto dan nombor telefon di media sosial kemudian mengugut mangsa untuk membayar wang jika tidak mahu disantau.

Netizen itu juga turut berkongsikan bukti video mengenai modus operandi pihak tidak bertanggungjawab itu. Menerusi satu video dikongsikan, scammer turut mengugut mangga menggunakan patung yang dikatakan boleh membunuh seseorang.

Katanya lagi, scammer hanya akan meminta sebanyak RM100 sahaja kerana jika minta lebih mangsa tidak dapat tunaikan dengan segera.

Dalam pada itu, seorang netizen sempat mengambil nombor telefon scammer berkenaan untuk bertanyakan mengenai perkhidmatan bomoh yang ditawarkan.

Menerusi mesej dikongsikan, pihak scammer itu mengenakan caj sebanyak RM300 untuk ilmu santau dan sempat tawar menawar dengan individu tidak bertanggungjawab itu.

SUMBER: Twitter Cikgu Seo