Ambil Kad Nikah Tapi Suami Tak Ikut, Wanita Dedah Puncanya Yang Buat Netizen Turut Sebak

Setiap pasangan pastikan hubungan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun tiada siapa tahu pengakhiran kita macam mana. Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Apa yang kita nikmati di dunia ini hanyalah sementara.

Seperti yang dilalui oleh seorang wanita dikenali sebagai Ebby ini menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mengambil kad nikah namun tiada suami disisi.

Lebih sebak wanita itu dipinjamkan suaminya selama 18 hari sahaja apabila meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Januari lalu.

Tidak mampu mengambil kad nikahnya itu, Ebby berkata ibunya yang mewakilkan untuk mengambil namun dilihat turut tidak dapat menahan sebak.

Ibunya juga tidak dapat menahan air mata dan tidak kuat untuk menjawab apabila ditanya mengapa mak pengantin yang ambilkan kad nikah terebut.

Lebih pilu, selepas mengambil kad nikah berkenaan Ebby terus ke pusara suaminya untuk tunjukkan kad nikah mereka serta membuktikan kad itu adalah bukti cinta arwah suaminya padanya.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak mendengar kisah wanita itu apatah lagi baru sahaja mahu menikmati bahagia rumah tangga namun diuji dengan pemergian insan tercinta.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita itu agar terus kuat menghadapi dugaan tersebut. Malah, ada yang tidak membayangkan jika mereka juga turut kehilangan suami.

SUMBER: TikTokĀ