“Amir Datang Dalam Mimpi, Minta Cepat Dikebumikan”

Tengah hari tadi, jenazah adik Amir yang yang meninggal dunia dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, Jumaat lalu, selamat dikebumikan kira-kira 12.40 tengah hari tadi di Jasin Melaka.

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tidak dapat membawa pulang jenazah Amir pulang, ibu angkat kepada kanak-kanak itu iaitu Norlida Abu Hassan reda jasad ‘anak bongsunya itu dikebumikan di kampung ibu kandungnya.

Dalam pada itu, Norlida yang mesra dipanggil Ummi berkata anak lelakinya ada mimpikan Amir dan dalam mimpi tersebut arwar meminta agar segera dikebumikan.

“Adik minta dikebumikan cepat. Itu permintaan dia kepada abangnya dalam mimpi malam tadi,” katanya.

Menceritakan keadaan jenazah kanak-kanak itu sewaktu proses pengecaman dan bedah siasat semalam, Ummi berkata wajah arwah tenang dan bersih seolah bukan seperti orang sudah meninggal dunia.

“(Sepanjang menjaganya) dia selalu tidur dengan saya, peluk saya sebelum tidur. Sebelum tidur dia akan tengok wajah saya dan saya tengok wajah dia.

“Wajahnya (selepas meninggal dunia) tenang dan bersih, sama seperti apa yang saya tengok hari-hari (sebelum ini).

“Saya berjanji dengan dia dalam hati untuk datang semula ke pusaranya lagi. Insya-Allah saya akan selalu datang sini. Tolong doakan untuk arwah Adik ya,” katanya.

Terdahulu, siasatan polis mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan.

Selain itu, terdapat kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala yang dipercayai baru berlaku ke atas mangsa.

SUMBER: Harian Metro & Malaysia Gazette