Amirah Elrah Lega Sah Berpisah, Dedah Apa Suami Buat Sepanjang 3 Tahun

Hujung tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga usahawan Nur Amirah yang mendakwa namanya dibuang dari syarikat Elrah Exclusive.

Difahamkan, selepas tiga tahun, barulah semuanya terbongkar. Amirah turut meluahkan berharap agar dirinya dilepaskan oleh si suami kerana tiada guna pun untuk bersama lagi serta mahu memulakan hidup baru.

Amirah mengakui dia memberi sepenuh kepercayaan kepada suaminya untuk menguruskan perniagaan sementara dia memberi perhatian kepada anak-anak.

Namun, tidak menyangka dianaiya oleh suaminya dan menyifatkan dirinya seperti anak patung dan tidak boleh menerima diperlakukan sedemikian.

Lebih merumitkan lagi apabila Amirah mendakwa suaminya seolah enggan bekerjasama untuk berpisah dan melepaskannya.

Katanya lagi, jika dia tidak minta untuk berpisah, sampai mati dia ditipu. Ujarnya, sudahlah haknya di ambil tetai tidak mahu melepaskannya.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story semalam Amirah memuat naik perkembangan terbaru selepas hampir setahun turun naik mahkamah dan beberapa kali ditunda usahawan itu mengesahkan sudah berpisah secara rasmi dan berubah status.

SUMBER: Kisah Dunia