Anak 4 Bulan Cirit 30 Kali Sampai Berdarah, Ibu Berang Orang Luar Konon Nak Bagi Rasa Kurma Je

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, pasti ada mereka diluar sana berdepan pengalaman apabila ‘orang lua’ menyuap makanan atau minuman sebarangan kepada bayi mereka.

Alasan yang diberi konon anak lapar sebab itu tak berhenti menangis atau nak bagi perut bayi biasa dengan makanan tertentu sejak kecil lagi.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang si ibu bernama Ude Meknul mengenai anak kecilnya yang sihat terpaksa merasa keperitan apabila mendakwa orang luar yang konon bagi rasa buah kurma dan buah pear tanpa memaklumkan kepadanya.

Akibat daripada pemberian makanan tersebut, anaknya yang baru berusia 4 bulan mengalami cirit-birit lebih 30 kali sehingga cirit berdarah.

Wanita itu turut meluahkan rasa marah kepada individu tersebut yang melakukan sesuka hati terhadap anak orang lain.

Sementara itu, dalam perkongsian lain, wanita terkilan kerana individu yang menyuap buah tersebut pada anaknya hanyalah kenalan sahaja dan bukan ahli keluarga sendiri.

Malah, wanita itu turut menasihati ibu bapa diluar sana supaya lebih tegas serta tidak sewenangnya membenarkan orang lain menyentuh anak mereka.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan pendedahan berkenaan serta mengecam tindakan individu tersebut yang disifatkan tiada otak.

Tidak kurang juga, ada yang menegur supaya tindakan individu berkenaan yang melakukan sesuka hati dan yang akhirnya ibu bapa bayi berkenaan yang perlu menanggung.

SUMBER: Facebook Ude Meknul