Pejam celik tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Malah, masih ramai yang sibuk melakukan persiapan dengan mengunjungi pusat beli belah untuk mendapatkan baju raya di saat akhir.
Ada ibu bapa yang membawa anak kecil untuk membeli-belah, namun mungkin perkara ini dapat dijadikan ikhtibar untuk supaya lebih peka.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna memaparkan seorang anak kecil berkeliaran seorang diri di sebuah mall.
Difahamkan, budak lelaki berkenaan bersendirian tanpa orang dewasa. Namun, mujur seorang promoter sebuah kedai menyapa kanak-kanak itu.
Lebih membimbangkan, kanak-kanak itu tidak takut dengan orang tidak dikenali kerana terus mengambil belon yang diberikan oleh gadis promoter itu.
Gadis itu kemudian membawa kanak-kanak itu ke kaunter informasi untuk membuat pengumuman kepada ibu bapa kanak-kanak mengenai kehilangan anak mereka.
Pengguna TikTok itu turut menitipkan pesanan buat ibu bapa diluar sana kerana bimbang di atas kecuaian sendiri kelak akan menyesal.
Menerusi ruangan komen, pengguan itu memberitahu belum sempat mereka membuat pengumuman bapa kepada kanak-kanak itu tiba di kaunter informasi.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berdepan pengalaman sama dimana ada kanak-kanak hilang dek kerana ibu bapa sakan membeli belah.
Apa pun diharap ibu bapa yang membawa anak ke tempat orang ramai lebih peka kerana bimbang perkara buruk akan berlaku.