Anak Dah 13 Tapi Badan Cantik Macam Anak Dara Buat Netizen Kagum

Tidak dinafikan ramai wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, sukar untuk menurunkan berat badan kerana sibuk menguruskan keluarga.

Baru-baru ini, trending di TikTok apabila para ibu berkongsikan body goals meskipun sudah mempunyai cahaya mata.

Tular video dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Normalina ini yang berjaya menjaga bentuk badannya meskipun mempunyai 13 anak.

Jika melihat pada penampilannya, tiada siapa sangka wanita ini mempunyai 13 orang anak berusia 21 tahun hingga 2 tahun. Difahamkan, 5 daripadanya telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, apa yang perlu diberi perhatian adalah wanita itu berkongsikan caranya mampu menjaga badan meskipun menguruskan anak yang ramai.

Ujar Normalina, dia haya melahirkan cahaya mata serta menyusukan anaknya dan kerja-kerja lain dilakukan oleh suaminya yang rajin membantu.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan kecantikan wanita itu serta memuji suaminya seorang yang bertanggungjawab dan tidak hairanlah isterinya rajin menjaga penampilan.

SUMBER: TikTokĀ