Sejak kebelakangan ini ramai pelajar yang dilihat berkongsi video assignment mereka di sosial media. Malah, ada yang ‘menipu’ berkongsi rutin harian mereka bersama ahli keluarga sepanjang PKP.
Seperti video tular di media sosial, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi si ibu atau bapa yang hairan mendengar rutin harian anaknya yang sememangnya tidak benar belaka.
Namun video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook MD Khalid Zainin Waknin ini sememangnya cukup berbeza apabila netizen tidak dapat menahan ketawa dengan reaksi si ibu yang terlalu jujur mendedahkan rahsia anaknya.
Malah ada netizen mengatakan, mereka tidak peduli dengan cerita si anak namun lebih fokus pada reaksi si ibu yang lebih kelakar dan sempoi.
Tidak kurang juga ada yang ketawa sehingga menangis apatah lagi melihat si ibu yang ketawa berdekah mendengar rutin harian anaknya.
Dalam pada itu ada yang mengatakan, ini merupakan video rutin harian paling ‘win’ dan epik setakat ini. Paling terhibur, tak pasal-pasal anak kena bengong dengan mak.
SUMBER: Facebook MD Khalid Zainin Waknin