Anak Masuk TV, Ibu Kak Long 7E Yakin Anaknya Dapat Harumkan Nama Negara

0
12831

Nampaknya nama Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura menjadi bualan ramai apabila dijemput menjadi tetamu satu program di TV AlHijrah.

Wanita berasal dari Terengganu itu berkata dia berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu bagi memenuhi jemputan berkenaan.

Memetik laporan mStar, sedar dirinya terus dikecam, Kak Long berharap orang ramai berhenti mengecamnya, TV Alhijrah dan PU Amin. Ujarnya lagi, kes dengan 7Eleven sudah pun berakhir.

“Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi Allah uji saya macam ni pun rezeki tak putus.

“Sudah-sudah kecam saya, TV Alhijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir,” katanya.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia berharap dapat menjalani kehidupan seperti biasa apatah lagi tidak lama lagi tibanya bulan Ramadan.

“Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.

“Sejujurnya saya dah penat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya satu hati nanti jadi sayang pula kepada saya,” katanya.

Sementara itu, ibu Kak Long dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54 tahun berkata dia turut meminta netizen berhenti mengecam anaknya itu.

Ujarnya lagi, dia beranggapan tidak salah anak sulungnya itu dijemput dalam rancanagan TV serta mendoakan agar anaknya dapat harumkan nama negara.

“Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan dia pun ada masa depan.

“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” katanya.

SUMBER: mStar Online