Anak Pemilik Kedai ‘Mulut Puaka’ Back Up Ibu, Berbalah Je Bukan Maki & Mencarut

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan pemilik sebuah restoran terkenal di Melaka didakwa memaki pelanggan yang datang makan di tempat berkenaan.

Memetik mStar Online, anak kepada pemilik restoran yang terletak di Bandar Hilir, Melaka itu menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku.

Menurut wanita dikenali sebagai Illa itu berkata dia kesal dengan tindakan pelanggan tersebut yang memuat naik posting di laman Facebook bagi memburuk-burukkan restorannya itu.

Kata Illa lagi, dia menafikan dakwaan pelanggan itu yang kononnya datang ke restorannya pada jam 2 petang, sebaliknya datang pada jam 4 petang.

“Dia sebut datang pukul 2 petang, tapi sebenarnya pukul 4 petang. Apabila dah datang pukul 4 petang, memanglah banyak barang dan makanan sudah habis,” terangnya.

Kata wanita itu lagi, dia juga sudah memberitahu kepada pelanggan jika barangan sudah habis mereka akan tutup lebih awal.

“Kedai saya bukan pukul 12 tengahari sampai 5 petang dan kadangkala akan ditutup awal, bergantung kepada stok bekalan makanan dah habis, tapi saya dah maklumkan kalau nak makan juga, kami sediakan apa yang masih ada,” katanya.

Bukan itu saja, wanita itu turut kesal apabila pelanggan berkenaan mendakwa harga makanan di kedai mereka mahal. Namun, katanya harga yang dikenakan setanding dengan pesanan.

“Mereka pesan makanan bukannya sedikit sebab untuk sepuluh orang dengan membuat pesanan lauk ikan pari, kerabu mangga, telur dadar dan daging goreng kunyit.

“Setiap lauk yang dipesan semuanya dua piring besar dan kami mengenakan caj berdasarkan apa yang dipesan oleh mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan ibunya digelar ‘makcik puaka’ kerana lantang bersuara, Illa berkata ia bukan perkara baru kerana pelanggan yang selalu makan di kedai mereka sudah faham dengan perangai ibunya.

“Dia pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu. Pada hari kejadian ada ramai pelanggan lain, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?

“Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” katanya.

SUMBER: mStar Online