Anak Pengasas Dnars Dakwa Bapa Tiri Ada Skandal Masa Ibu Masih Hidup?

Semalam keluarga produk pecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian arwah yang disyaki ada unsur lain.

Sementara itu, baru-baru ini perkongsian anak kepada pengasas produk kecantikan itu iaitu Irdina Hakim Jasman memuat naik video mengejutkan netizen.

Menerusi video itu, Irdina mendedahkan mereka adik beradik dibuang selepas pemergian ibunya, malah dia dihalau dari rumah milik ibu mereka dan adiknya tidak dijaga.

Malah, dakwanya lagi mereka adik beradik dikhianati bapa tirinya dan abang sulungnya dimasukkan ke penjara.

Lebih mengejutkan, gadis itu mendakwa mengetahui apa tiri sebenarnya menjalinkan hubungan dengan ‘skandal’ yang kini merupakan isteri barunya ketika arwah ibunya masih hidup.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan nasib dilalui anak-anak arwah serta mengatakan Allah mendengar doa orang yang teraniaya.

SUMBER: TikTok