“Anak Sekolah Tahfiz” – Tayang Badan Sado, Norman Hakim Dikecam Netizen

Pasti ramai tahu filem Tiga Melawan Janda kini sedang hangat ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini, tular perkongian seorang pengguna Twitter yang memuat naik gambar memaparkan pelakon orman Hakim sedang menayang tubuh badannya dihadapan pelakon wanita lain.

Difahamkan, gambar tersebut merupakan salah satu babak yang diambil dalam filem berkenaan. Menerusi, gambar tersebut, tiga pelakon iaitu Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura seolah kagum melihat tubuh sasa Norman.

Gambar tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan kesemua pelakon itu didakwa memalukan.

Malah, ada yang mengecam Norman menayang badan dalam filem tersebut sedangkan lelaki paling senang untuk menjaga aurat.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan dengan anaknya yang bersekolah tahfiz namun tidak seiring dengan tindakan bapa mereka.

SUMBER: Twitter