Anak Sulung Baru Sebulan Dah Hamil Lagi, Netizen Persoal Belum Habis Nifas Dah Bersama

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga.

Ada yang lambat diberikan rezeki zuriat dan ada yang cepat menimang cahaya mata. Namun perlu ada perancangan dalam hal mendapatkan zuriat supaya dapat memberi perhatian kepada setiap anak.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok memberitahu dia baru saja melahirkan anak keduanya sedangkan anak sulungnya baru berusia 10 bulan.

Menerusi entri itu juga, si ibu meluahkan rasa bersalah apabila anak pertamanya seolah kurang kasih sayang kerana sudah mempunyai adik.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut apabila mendapat tahu jarak anak pertama dan kedua tidak sampai setahun.

Tidak kurang juga ada netizen mempersoalkan adakah wanita itu sudah bersama suami ketika tempoh nifasnya belum habis lagi.

Meskipun ada netizen mengkritik wanita itu kerana bimbang anak pertama tidak puas mendapat kasih sayang daripada ibu bapa, namun mereka mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

SUMBER: TikTok