Umum mengetahui sempena Aidilfitri kali ini, aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan mahupun ziarah-menziarahi juga turut tidak dibenarkan.
Tidak dinafikan, ramai meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat pulang ke kampung meraikan hari raya bersama ibu bapa. Lebih sebak apabila tular gambar ibu bapa gigih menyediakan juadah meskipun anak-anak tidak dapat pulang berhari raya.
Seperti video tular di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh gadis bernama Iera ini sememangnya cukup meruntun hati apabila ayahnya yang bersendirian di kampung tetap menyediakan pelbagai juadah sempena hari raya.
Lebih sebak, Iera berkata meskipun bapanya menghidap penyakit kronik namun ia tidak menghalang untuk masak pelbagai juadah.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat video berkenaan, malah ada yang risau dengan keadaan bapanya yang bersendirian di kampung.
Tidak kurang juga, ramai yang meluahkan rasa rasa rindu dan mengalirkan air mata kerana teringatkan kedua ibu bapa mereka yang berada di kampung.
SUMBER: TikTok Iera