Anak Tergamak Tinggalkan Ibu Kandung Tepi Jalan Dengan Kaki Kudung

Setiap anak mahu lakukan terbaik buat ibu mereka yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan kita. Namun berbeza dengan kisah tular ini apabila anak tergamak membuang ibu kandungnya sendiri.

Menerusi satu perkongsian di Lembaga Zakat Selangor (LZS), seorang wanita warga emas ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan dengan keadaan berkerusi roda pada malam Sabtu lalu.

Lebih menyedihkan, wanita warga emas dengan kaki kudung itu tinggalkan sendirian bersama berkalan lampin pakai buang serta beg pakaian.

Menurut LZS, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung wanita warga tua itu. LZS memaklumkan pihaknya berusaha menghubungi keluarga warga emas tersebut namun tiada seorang waris menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan.

Susulan itu, LZS terpaksa menyerahkan warga emas berkenaan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut serta untuk menghubungi anak warga emas terbabit

Lebih pilu, pada mulanya, anak warga emas tersebut bersetuju hadir ke balai polis, namun kira-kira jam 3 pagi individu terbabit dikatakan membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi.

Dalam pada itu, pihak polis terpaksa menghubungi usat jagaan warga emas yang kemudian datang menaiki ambulans untuk membawanya ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

Meskipun begitu, warga emas tersebut tetap mendoakan yang terbaik untuk anaknya dan memuji anaknya seorang yang baik walaupun dia dibuang di tepi jalan.

“..dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orangnya,” katanya.

Pihak LZS menyerahkan warga emas berkenaan mengikut prosedur dan menempatkannya di Pusat Jagaan Warga Emas dengan kebenaran anaknya dan semua kos akan ditanggung oleh pihak LZS.

SUMBER: Facebook Lembaga Zakat Selangor