Anak Usia 18 Bulan Terburai Perut, Bapa Tikam Guna Pisau Pemotong Roti

0
7487

Sepatutnya seorang bapa menggalas tanggungjawab dalam membesarkan anak dengan baik namun dalam kejadian yang berlaku di Puchong ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan ditikam bapa sendiri sehingga terburai perut.

BACA: Anak 2 Minggu Tak Makan Sampai Tinggal Tulang, Doktor Terkilan Bila Ibu Bagi Alasan…

Melalui laporan Kosmo!, suspek yang berusia 27 tahun itu didakwa tiba-tiba mengamuk sebelum menikam mangsa.
Pihak polis kemudiannya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut.

Berikut merupakan beberapa fakta berkenaan kejadian tersebut:

1. Suspek bekerja sebagai pemasang lapisan filem

2. Mangsa yang berusia 18 bulan itu ditikam menggunakan pisau pemotong roti

3. Sehingga kini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Serdang

4. Mangsa tinggal bersama suspek, nenek dan datuknya. Lebih menyayat hari, ibu mangsa dipercayai menghilangkan diri sebaik dia dilahirkan

5. Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek berada dalam keadaan tertekan selain turut dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek ditahan pihak polis

Tidak ada perkara lain yang ingin dikongsikan selain doa yang terbaik buat anak kecil berkenaan. Apalah yang dimengerti oleh seorang budak dalam usia sedemikian. Tengok gambar saja pun sudah cukup buat kami sedih.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.