Anak Usia 6 Tahun Sempat Salam Ibu Sebelum Jatuh Flat

Ibu bapa mana yang tidak sedih dengan pemergian anak dan dalam kejadian yang berlaku di Terengganu ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun. Ibunya tidak menyangka bahawa huluran salam daripada anaknya menjadi kenangan terakhir bersama cahaya matanya itu.

BACA: 7 Bulan Menanti Suami Pulang, Jeritan Anak Panggil Papa Bakal Buat Air Mata Anda…

Menurut laporan Utusan Online, ibunya meninggalkan anaknya seketika di rumah kerana mangsa masih tidur sementara dia dan anak bongsu mereka keluar membeli barang di kedai berdekatan.

Insiden tersebut hanya disedari sebaik dia pulang dari kedai setelah mendapat panggilan telefon dari suaminya yang menyatakan ada budak jatuh.

“Suami terima panggilan daripada tuan rumah dan meminta balik segera kerana ada budak jatuh dan setibanya di pekarangan flat saya tengok orang ramai sudah berkumpul.

“Saya tidak sangka mangsa yang terkujur kaku itu anak saya. Patutlah semasa kami berkemas rumah pagi tadi, Danish tiba-tiba bersalaman dengan saya,” jelasnya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut ibunya, dia mendapat terdapat satu cermin tingkap dicabut dan diletakkan di atas sofa. Jelasnya, perkara sedemikian tidak pernah dilakukan oleh anaknya.

Jenazah anaknya, Muhamad Aryan Difa Danish Mohd. Azizul yang merupakan murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Ladang itu akan dikebumikan di tanah perkuburan di Jalan Kenanga di Batu Buruk di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. -UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan Online