Sejak penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, kerajaan telah mewajibkan setiap rakyat untuk mengisi nama di dalam buku log dan scan kod MySejahtera sebelum memasuki sesebuah premis.
Terbaru, tidak mendaftarkan diri dengan aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak boleh dikenakan kompaun RM1,000.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, apabila tiba di stesen minyak, setiap individu perlulah mendaftar aplikasi MySejahtera walau pun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.
“Jika tidak mendaftar atau mengimbas kod QR premis berkenaan, bagaimana pihak polis hendak mengesan individu terbabit jika terdapat kes Covid-19 di situ?,” katanya.
Katanya lagi, setiap individu yang datang ke stesen minyak diwajibkan memakai pelitup muka, mendaftar masuk aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak, memeriksa suhu badan dan menggunakan hand sanitiser.
Beliau berkata demikian selepas memberi maklumbalas mengenai rakaman klip tular suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikompaun RM1,000 kerana gagal scan MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun memakai pelitup muka.
SUMBER: Malay Mail