Apakah Sains Di Sebalik Kejayaan Myvi Putih Ini Melintas Longkang Besar?

Sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan ‘King’. Malah, ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi.

Hari ini, tular video memaparkan sebuah kereta Myvi berwarna putih ditemui ‘terbang’ melepasi longkang besar di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru pada tengah hari tadi.

Difahamkan, mangsa yang merupakan pemandu lelaki yang tersepit di bahagian pemandu telah berjaya diselamatkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dan telah kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

Tidak terfikir dek akal bagaimana Myvi berkenaan berjaya melepasi longkang besar tersebut, namun netizen berpendapat mungkin kereta dipandu laju kerana melepasti longkang berkenaan.

 

Apa yang pasti ramai tertanya-tanya bagaimana Myvi berkenaan melintas longkang besar itu. Tidak kurang juga rata-rata netizen mengagumi kehebatan Myvi yang mampu terbang.

SUMBER: Info Roadblock JPJ/POLIS