Baru-baru ini, laporan oleh SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia mengejutkan ramai apabila Malaysia merupakan negara ketiga paling tinggi di Asia memiliki sugar daddy paling ramai.
Kalau ada sugar daddy, sudah tentu ada sugar baby. Terbaru, aplikasi Sugarbook mencatatkan peningkatan oleh sugar baby di Malaysia sepanjang musim PKP.
Aplikasi Sugarbook turut menyenaraikan 10 universiti di Malaysia yang mempunyai ramai sugar baby.
Melalui pendaftaran akaun baharu sebagai sugar baby dalam aplikasi Sugarbook, universiti yang paling ramai sugar baby adalah Sunway University sebanyak 3,105 pendaftaran.
Tangga kedua INTI International University dengan 2,624 pendaftaran dan ketiga Taylors University mencatatkan 1,696 pendaftaran.
Menurut Sugarbook, ketika ini adalah tempoh sukar memandangkan semua dilaksanakan dalam talian, tetapi yuran masih lagi perlu dibayar pada amaun yang sama.
Laporan juga mendedahkan elaun sugar baby yang diterima daripada sugar daddy mereka adalah sekitar RM2,500.
Lebih mengejutkan, senarai pekerjaan sugar baby dimonopoli oleh golongan pelajar, diikuti ahli perniagaan dan jururawat.
SUMBER: Technave