Artis Indonesia Ini Kenakan Caj Lebih RM8,000 Sekali ‘Servis’, Akui Hadapi Masalah Kewangan Teruk

Meskipun bergelar pelakon namun kehidupan sebagai selebriti tidak mudah bagi selebriti Indonesia ini iaitu Cassandra Angelie apabila ditahan pihak polis atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Memetik laporan portal Suara.com, ditahan beberapa hari sebelum tahun baru, pelakon itu berada dalam keadaan berbogel ketika serbuan dilakukan.

 

Menurut Ketua Polis Metro Jaya, E Zulpan, Cassandra tidak mempunyai pilihan ketika ditangkap selain memberi kerjasama.

Casandara turut membuat pengakuan kepada polis dia terpaksa melacurkan diri kerana terdesak untuk mendapatkan wang kerana mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan siasatan, Casandra baru sahaja terjebak dalam aktiviti pelacuran itu dan mengakui baru lima kali dilanggan.

Dalam pada itu, polis memberitahu pelanggan pelakon itu bukan dikalangan selebriti tetapi daripad golongan tertentu dan enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

SUMBER: Suara.com