Asyik Fikirkan Isteri Pertama, Isteri Kedua Dedah 3 Tahun Suami Tak Pernah ‘Sentuh’ Langsung

Setiap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga pasti impikan perkahwinan bahagia bersama suami tercinta. Namun, tiada siapa dapat menjangkakan apa terjadi di masa hadapan.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Amirah Doby yang mendedahkan sebuah kisah yang dialami oleh kenalannya.

Menurut Amirah, rakannya itu sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan merupakan isteri kedua dan mula merasa bingung apabila selama 3 tahun mendirikan rumah tangga namun tidak pernah disentuh suami.

Ketika berbulan madu, suaminya berkata sedang mengalami tekanan apabila memikirkan tentang isteri pertama yang sangat marah sebaik sahaja mendapat tahu dirinya dimadukan.

Katanya lagi, rakannya turut mencadangkan untuk pergi berubat namun dimarahinya pula. Menurutnya lagi, rakannya itu berkahwin dengan suaminya di Thailand.

Malah, sebelum berkahwin suaminya tidak pernah bertindak di luar batas mahupun menyentuhnya dan disebabkan itu rakannya itu berkahwin dengan lelaki berkenaan kerana melihat suaminya itu seorang yang baik.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan pendedahan kisah itu.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suaminya mungkin dibomoh oleh isteri pertama yang menjadi punca lelaki itu tidak boleh bersama dengan perempuan lain.

Sementara itu, ada juga netizen mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh terus bertahan selama tiga tahun.

SUMBER: Facebook Amirah Doby