Ayah ‘Makan’ Anak Perempuan Tapi Ibu Sikit Pun Tak Percaya

Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak terutamanya jika mempunyai anak perempuan, namun lain jadinya seperti kisah dikongsikan oleh seorang doktor ini apabila anak jadikan mangsa nasfu serakahnya.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Dr Redza Zainol ada berkongsikan satu kisah sedih dimana seorang pelajar perempuan dipercayai telah dirogol dan dicabul oleh bapa kandungnya sendiri.

Doktor itu menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang guru mengenai pelajar perempuan tersebut yang mengesyaki bapa kepada pelajar itu telah melakukan salah laku seksual terhadap anaknya.

Pada mulanya pelajar tersebut hanya berdiam diri, namun selepas dipujuk akhirnya dia tampil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

Lebih memilukan, pelajar itu mendakwa telah dicabul dan tiga kali dirogol oleh bapanya. Mendengar pendedahan pelajar tersebut membuatkan doktor itu tergamam kerana di usia muda dia terpaksa menanggung beban emosi seorang diri.

Meneruskan kisah mengenai pelajar tersebut, apa yang lebih mengejutkan pelajar itu berkata meskipun bapanya melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya namun dia lebih membenci pada ibunya.

Katanya, dia ada adukan perkara itu pada ibunya dengan harapan akan dilindungi namun ibunya langsung tidak percaya dengan apa yang diperkatakannya.

Kata doktor itu lagi, tidak hairan mengapa pelajar tersebut menjadi sangat marah dan tertekan kerana tiada sokongan daripada orang terdekat.

Dalam pada itu, Dr Redza turut berpesan kepada ibu bapa diluar sana supaya sentiasa mendengar keluhan anak-anak lebih-lebih lagi melibatkan salah laku seksual.

SUMBER: Twitter