Baca Pun Rasa Marah, Lelaki Ini Dedah Kisah Biadap Ahli Farmasi Di Hospital Kerajaan

0
24519

Ramai tidak tahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) bermula April tahun lalu.

MyUbat memudahkan para pesakit serta ahli farmasi dan melalui perkhidmatan itu juga pesakit boleh memilih untuk ambil ubat secara temujanji atau melalui pos.

Bagaimanapun, baru-baru ini hangat diperkatakan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syafarizal Sharif berkongsikan pengalamannya berurusan dengan ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur yang didakwa biadap.

Menurut Syafarizal pada 10 Januari lalu dia ke HKL dan diminta oleh ahli farmasi berkenaan untuk mengambil sendiri ubat setiap 2 minggu sehingga bulan Julai.

Kata Syafarizal, dia sebelum ini menggunakan aplikasi MyUbat dimana ubat berkenaan boleh dihantar melalui pos. Namun, ahli farmasi berkenaan menjawab tidak boleh lagi menggunakan MyUbat.

Lebih kesal, apabila dia memberitahu keadaan kesihatannya akan menjadi teruk jika terlepas memngambil ubat, ahli farmasi berkenaan menjawab ‘not my problem’.

Tidak hanya berdiam diri, Syafarizal mengambil langkah merakam perbualan mereka dan mengambil nama ahli farmasi tersebut untuk diadukan kepada KKM.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Syafarizal berkata dia menerima panggilan daripada seorang ahli farmasi meminta supaya isu tersebut tidak dipanjangkan kepada KKM serta menawarkan untuk menghantar ubat melalui MyUbat.

Syafarizal kemudian mempersoalkan semula kerana sebelum ini ahli farmasi itu berkata tiada lagi perkhidmatan MyUbat sudah tiada namun tiba-tiba ada pula.

Seolah mahu membalas jawapan mereka, Syafarizal turut mengatakan semula ‘not my problem’ serta mahu pihak berkenaan menjelaskan perkara itu kepada KKM sendiri.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakan yang diambil lelaki berkenaan dan mengatakan ia langkah terbaik.

Malah, ramai yang meluahkan rasa marah mendengar respon daripada ahli farmasi berkenaan seolah mengambil mudah mengenai perkara itu serta berpuas hati apabila perkara itu diadukan kepada KKM untuk diambil tindakan.

SUMBER: Facebook Syafarizal Sharif