Bagi Anak Hisap Vape, Tindakan Ibu Bapa Ini Undang Kemarahan Netizen

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila tular video anak kecil menghisap vape dipercayai diberikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Perkara itu mengundang kemarahan netizen apabila kedua ibu bapa tersebut menghulurkan vape berkenaan tanpa ada rasa bersalah.

Menerusi percakapan ibunya, sudah 3 kali anak kecil itu melakukannya. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang mengambil video daripada Instagram ibu bapa anak kecil berkenaan.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1389212574009364483

Susulan tular video tersebut, wanita dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan memuat naik kenyataan membidas kecaman netizen.

Malah, wanita itu turut memberi peringatan supaya tidak mencampuri urusan mereka dan dia ada hak untuk memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial miliknya.

Video tersebut sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang mengecam tindakan ibu bapa itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab apatah lagi memberikan bahan bahaya kepada anak mereka.

Tidak kurang juga, ramai yang bimbang dengan kanak-kanak tersebut berharap agar tindakan dikenakan terhadap ibu bapa tersebut oleh pihak bertanggugjawab.

SUMBER: Twitter