Bagi Hint Nak Anak Lagi, Fizo Omar Kena Ceramah Dengan Netizen

Umum mengetahui, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri kini sedang hamil anak kedua mereka selepas melahirkan anak pertama, Wan Khaleeda pada 25 Jun tahun lalu.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Fizo ada memuat naik foto ‘throwback’ dirinya bersama isteri yang sarat hamil sejak tahun lalu iaitu kehamilan pertama dan kedua.

Malah, Fizo turut berkongsi keterujaan anak pertamanya dari perkahwinan terdahulu, Wan Maryam yang memiliki dua orang adik dalam masa setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Raya tahun lepas (2022) tengah sarat mengandung Khaleeda dan tahun ini (2023) tengah sarat dah masuk 37 minggu.

“Rezeki tak diduga buat saya dan Faz. Dan semestinya Cik Yam yang paling happy dapat dua adik dalam satu tahun,” tulisnya.

Diakhir perkongsian itu, Fizo turut memohon orang ramai mendoakan agar isterinya dipermudahkan untuk bersalin serta sempat berseloroh untuk menimang cahaya mata lagi.

“Saya tahu bukan mudah, but u did it. Well done sayang. Doakan Faz dipermudahkan bersalin nanti ya. Nota kaki: tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap-siap,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan nasihat buat Fizo agar memberikan masa buat isterinya ‘berehat’ selepas kelahiran kedua demi menjaga kesihatan dalam tubuh badannya.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen pedas buat pelakon itu namun ada netizen berpendapat ianya rezeki buat pasangan itu.