Baju ‘Mata Satu’ Ismail Sabri Di Sidang Media Jadi Perdebatan Netizen, Ini Maksud Yang Sebenarnya

Setiap kali sidang media Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkembangan semasa COVID-19 dalam negara, pasti ada sahaja yang menarik perhatian netizen.

Sebelum ini, koleksi baju-baju batik yang yang dipakainya menjadi perhatian sehinggalah perhiasan yang berada di dalam almari ketika sesi siaran langsung menjadi topik bualan netizen.

Menerusi sidang media semalam, baju kemeja putih yang dipakai oleh Ismail sebali sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai apabila mempunyai logo bermotifkan mata.

 

Berikutan daripada itu, ramai dalam kalangan netizen telah membuat teori kononnya itu adalah konspirasi iluminati.

Meskipun ada yang melihat logo tersebut dengan Freemason dan Illuminati, namun ada netizen yang lebih mengetahui mengenai fesyen tampil menjelaskan bahawa logo tersebut hanyalah jenama fesyen.

Kata netizen lagi, logo tersebut bukanlah ada kaitan dengan mana-mana organisasi atau pertubuhan yang dimaksudkan oleh segelintir pihak itu.

Malah, ada netizen menunjukkan gambar baju yang dipakai oleh Menteri Pertahanan itu adalah jenama pakaian Kenzo dengan menggunakan lambang mata seperti itu.

Ujar netizen lagi, jenama tersebut sememangnya dikenali dalam dunia fesyen. Jadi, segala persoalan netizen mengenai logo baju berkenaan yang dikaitkan dengan ‘konspirasi’ itu akhirnya terjawab.

SUMBER: OhBulan