Baru-baru ini, selebriti popular Neelofa menerusi jenama miliknya Naelofar tampil dengan koleksi baju raya bersama pereka fesyen popular Alia Bastamam.
Lebih menjadi perhatian koleksi itu turut menampilkan pelakon jelita, Hannah Delisha sekaligus membuatkan ramai teruja.
Koleksi raya itu memaparkan banyak warna kilauan emas sekaligus membuatkan persalinan tampak mewah dan mahal.
Meskipun berhijab dan berniqab, namun ia tidak menghalang kedua selebriti itu untuk berfesyen dan tampil anggun.
Hasil tinjauan di laman web pembelian, rata-rata busana berkenaan berharga dari RM379 hingga RM549 sepasang.
Ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan koleksi tersebut, malah ada yang sudah mendapatkan persalinan berkenaan.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Cari Forum