Bakal Mak Mertua Tak Pernah Hargai Usaha, Netizen Nasihat Tinggalkan Saja Bakal Suami

Kehidupan berumahtangga meruapakan salah satu fasa yang pastinya dinantikan oleh setiap pasangan yang belum mendirikan rumahtangga. Namun realitinya, kehidupan berkeluarga bukanlah dengan pasangan saja, tapi dengan keluarga pasangan sekali.

BACA: Tak Nak Ikut Ke Rumah Mentua, Isteri 14 Tahun Mati Ditikam Suami

Tak tahu kami nak kata macam mana, tapi melalui satu perkongsian di group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN), boleh dikatakan ramai netizen yang sudah berpengalaman meninggalkan nasihat buat seorang ‘sahabat’ ini.

Secara ringkasnya, melalui individu yang memuatnaik status tersebut, dia sekadar mahu menolong rakannya yang cuba memikat hati bakal ibu mertua – namun usaha selama ini bagai tidak diendahkan. Nah apa lagi – berduyun-duyun ahli jemaah Facebook group tersebut berkongsikan ‘petua’.

Kalau diikutkan, rata-rata komen yang ditinggalkan adalah sangat logik. Bab berkeluarga adalah usaha kedua-dua belah pihak bagi mengharmonikan ikatan yang sedia ada.

Semoga rakan kepada individu berkenaan cepat tersedar daripada menyeksa diri di kemudian hari.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.