Baling Barang Atas Budak Merangkak, Pusat Asuhan Kanak-Kanak Ini Dikecam

0
16505

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kes kanak-kanak menjadi mangsa pukul di pusat asuhan sehinggakan ramai ibu bapa bimbang untuk menghantar anak mereka.

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pengguna Facebook menunjukkan anaknya dibaling barang oleh seorang individu di sebuah pusat taska.

Tidak pasti ada masalah bertindak sedemikian, namun dapat dilihat individu berkenaan membaling barang ke arah bayi yang sedang merangkak.

Katanya lagi, selama ini dia melihat video anak orang lain menjadi mangsa, namun tidak sangka anaknya pula turut terkena.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada netizen mengatakan pusat taska berkenaan dipercayai di Pulau Pinang.

Perkongsian video itu mengundang kemarahan netizen yang mengecam tindakan individu tersebut serta mempersoalkan apa salah kanak-kanak itu sehingga diperlakukan sebegitu.

Ada segelintir netizen bertanyakan adakah si ibu sudah membuat laporan polis agar individu tersebut ditahan atau mengambil tindakan undang-undang supaya dapat memberi pengajaran serta peringatan kepada orang lain.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa bimbang untuk menghantar anak mereka ke pusat asuhan apabila melihat video berkenaan kerana bimbang anak mereka turut menjadi mangsa.

SUMBER: Facebook Cahaya Naziha