Baling Batu Dari Flyover Di Jitra, Video Ini Bongkar Bahaya Menanti Pemandu Kereta

Pasti anda pernah melihat setiap kali kita melalui lebuhraya akan ada benda asing di atas jalan raya atau tercampak dari kenderaan lain.

Namun, pemandu ini berdepan detik cemas yang mungkin tidak dapat dilupakan ketika melalui bawah flyover apabila tiba-tiba batu sebesar penumbuk jatuh di atas cermin hadapan keretanya.

Kejadian berlaku sebelum susur tol Jitra, Kedah itu telah mengakibatkan cermin kereta berkenaan pecah.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok itu, batu berkenaan dipercayai dibaling oleh seorang individu yang berada di flyover berkenaan.

 

Difahamkan, pemandu berkenaan sudah pun membuat laporan polis dan meminta video tersebut diviralkan supaya mereka yang melalui jalan tersebut lebih berhati-hati.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam individu yang membaling batu berkenaan kerana tindakannya itu boleh membuatkan kereta berkenaan terbabas.

Kata netizen lagi, individu itu mungkin tidak pernah terfikir bagaimana jika tindakannya itu boleh mengakibatkan kemalangan maut. Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap pelaku itu segera ditahan kerana bimbang pemandu lain akan menjadi mangsa selepas ini.

SUMBER: TikTok Wan Zal Zal