Baling Tong Sampah Ketika Perlawanan Bola, Ramai Backup Wanita Ini?

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video dikongsikan oleh seorang pengguna memaparkan seorang yang wanita yang mengamuk sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan luar padang bola sepak.

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut bertindak membaling tong sampah ke arah sekumpulan lelaki sebelum ditenangkan oleh orang sekeliling dipercayai rakan-rakannya.

Susulan tindakan tersebut, sekumpulan lelaki datang dan salah seorang daripada mereka menolak wanita berkenaan dan terjadi sedikit pergelutan.

Difahamkan, kejadian itu didakwa berlaku disebabkan wanita berkenaan tidak tahan mendengar kata-kata kesat yang dikeluarkan penyokong lelaki buat pasukan lawan sedangkan tidak ditujukan kepadanya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wanita tersebut terlalu emosi.

Namun, ramai yang terkejut dengan tindakan sekumpulan lelaki itu berkasar dengan wanita serta ada yang mengatakan jika mahu memilih suami pastikan berhati-hati.

Tidak kurang juga, ada yang mengkritik tindakan lelaki yang berkasar wanita. Malah, ada yang seolah mempertahankan wanita berkenaan.

Sementara itu, ada yang berkongsikan cerita sebenar mengapa wanita itu dikasari ketika kejadian dimana pasa awalnya wanita itu membaling beg namun kemudian dibaling pula tong sampah tetapi terkena pada seorang pakcik yang sedang menonton perlawanan berkenaan.

SUMBER: TwitterÂ