Bancuh Milo Kaw Dalam Tin, Netizen Risau Lelaki Ini Cepat Bertemu Tuhan

Tidak dinafikan di zaman teknologi ini, ramai anak muda dilihat bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan melalui aplikasi media sosial.

Jadi tidak hairan semakin banyak personaliti media sosial melakukan konten dengan mencuba menu terbaru atau berkongsikan resepi viral.

Sebut sahaja Milo, sememangnya ramai yang menggemarinya. Bukan sahaja sedap dibancuh sebagai minuman, makan begitu sahaja pun sedap.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok seorang lelaki bernama Aniis Ismail membancuh Milo di dalam tin dan minum terus daripada tin berkenaan.

Namun, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bimbang kandungan gula yang tinggi apatah lagi minum satu tin Milo.

Tidak kurang juga, ada yang risau jika lelaki tersebut ‘cepat bertemu Tuhan’ dek kerana tindakannya itu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakannya itu adalah jalan pintas untuk ‘menghilangkan kaki’ atau kencing manis.

Bagaimanapun, ada yang terliur dengan video berkenaan dan mengatakan mereka akan datang semula menonton video tersebut pada bulan puasa akan tiba tidak lama lagi.

Sementara itu, diruangan komen lelaki berkenaan turut memberitahu jika bancuh dalam tin pastikan kongsi bersama keluarga dan jangan minum seorang diri.