Setiap kali anak tidak sihat atau demam selesema, ibu bapalah yang paling susah hati lebih-lebih lagi melihat hidung tersumbat.
Tidak dinafikan, banyak alatan dijual di pasaran untuk mengeluarkan hingus, namun ada yang lebih sukakan cara lama demgan menyedut hingus secara terus dari hidung.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh @zatishahril memaparkan suaminya sedang memangku anak mereka yang kurang sihat.
Namun, apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah tindakan si ayah yang tiada rasa geli untuk menyedut hingus anak.
Meskipun pada awalnya agak sukar kerana si anak cuba menolak, namun si ayah dilihat tenang memegang dan terus menyedut hingus.
Biarpun ianya dilihat menggelikan, namun kasih seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak tercinta.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui mereka mengguankan cara sama untuk membuang hingus anak-anak.
Dalam pada itu ramai yang memuji bapa berkenaan yang sanggup berbuat demikian kerana kebiasaannya para ibu sahaja yang sering lakukan.
SUMBER: TikTok Zati Shahril