Setiap daripada kita pasti impikan kehidupan mewah dan memiliki kereta mewah yang diidamkan di usia muda. Namun, tidak semua bertuah dilahirkan daripada keluarga mewah.
Baru-baru ini tular apabila polis Kelantan menahan seorang remaja berusia 18 tahun mengamalkan gaya hidup mewah serta memiliki sebuah kereta model BMW 6 Series.
Kehidupan mewah mereka terbongkar selepas remaja tersebut ditahan bersama bapanya berusia 60 tahun yang bekerja sebagai penjual besi buruk di Tanah Merah dipercayai terlibat dengan satu sindiket pengedaran dadah.
Dua serbuan berasingan telah dilakukan dan pihak polis berjaya menahan tiga individu di sebuah bangsal di tepi jalan di Kampung Tok Che Dol.
Dalam serbuan pertama, pihak polis merampas 800 biji pil kuda bernilai RM8,000 serta menyita dua motosikal bernilai RM10,000.
Serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah di Gual Ipoh hasil maklumat yang diperoleh sebelum menahan dua beranak dimana pihak polis menemui dadah dipercayai pil kuda, syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM112,000
Dalam pada itu, pihak polis turut merampas dua kereta milik dua beranak berkenaan iaitu sebuah BMW, Perodua Myvi dan Proton Satria serta tiga motosikal dengan nilai keseluruhan RM203,829.
Kata pihak polis lagi, kereta mewah yang dirampas dipercayai adalah hasil kegiatan jual beli dadah.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Sinar Harian