Bapa ‘Syaitan’ Rogol Anak Usia 8 Tahun Depan Isteri Lumpuh

Bapa durjana, itulah yang muncul di fikiran ketika membaca laporan ini, di Kota Kinabalu, Sabah, seorang bapa tergamak merogol anak perempuan kandungnya yang berusia lapan.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai merogol mangsa sejak bulan Mac sehingga Jun lalu rumah sewa keluarga berkenaan di Inanam.

Namun sejak Julai lalu, mangsa dihantar oleh ibu bapanya ke asrama yang menawarkan tempat tinggal percuma berikutan ibu bapanya tidak mempeunyai pekerjaan tetap dan tiada tempat tinggal.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, perbuatan keji lelaki berkenaan terbongkar selepas mangsa yang dihantar ke sebuah asrama pelajar mengadu kepada penjaga asrama.

Lebih mengejutkan, perbuatan suspek itu turut diketahui oleh isterinya iaitu ibu mangsa yang lumpuh dan juga sering dipukul si suami durjana.

“Malah ketika kejadian berlaku, walaupun mangsa cuba menjerit meminta tolong, namun ibunya tidak dapat membantu kerana lumpuh dan menggunakan kerusi roda,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dalam aktiviti pengambilan dadah.

Suspek kini ditahan reman manakala mangsa dirujuk ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut bagi proses pendakwaan.

SUMBER: Harian Metro