Bapa Tunggal Sebak Kongsi Cerita Isteri Curang & Dera Anak

0
3035

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki berkongsikan kisah dicurangi oleh isteri sendiri di dalam rumah.

Menerusi video dikongsikan Arba Foundation di TikTok dimana lelaki yang juga bapa tunggal bernama Asmadi menceritakan kecurangan isterinya bersama lelaki lain sembilan tahun lalu.

Menurutnya, dia sendiri yang membongkar kecurangan isterinya apabila balik dari kerja dan ternampak lelaki lain di belakang pintu rumahnya.

@arbafoundation

“Kenapa bapa tunggal susah nak dapat bantuan ya.. saya pun jaga anak-anak sorang-sorang juga..sama seperti ibu tunggal yang lain..” Bermula dengan ucapan terima kasih atas bantuan yang disampaikan.. kami bertanyakan macam mana persiapan nak raya ni dan di mana keberadaan ibu kepada anak-anaknya.. Tak kami sangka tersingkap pula kisah silam yang lukanya masih dirasakan Encik Asmadi sampai sekarang, walaupun sudah hampir 9 tahun berlalu. Waktu tu, anak paling kecil usia 3 tahun. Curang. Dera anak. Buruk mana pun perkara yang terjadi beliau tak halang jika bekas isteri nak jumpa anak-anak. Katanya itulah syurga anak-anaknya. Semenjak tu, anak sulungnya lah menjadi kakak yang menjaga adik-adik. Setiap kali balik sekolah dia akan masak, kadang Encik Asmadi masak.. Sebak bila lihat anak sendiri terpaksa hidup macam ni, balik sekolah penat-penat kena masak dan jaga adik-adik.. beliau kalau boleh taknak anaknya lalui semua tu..Tapi apakah pilihan lain yang ada.. Pendapatan Encik Asmadi tak cukup nak sara anak-anak. Tak sanggup nak lihat anaknya lapar dan tak ke sekolah, beliau terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi pada ceti. RM300 pokok bersama RM400 bunga setiap bulan.. Dengan gaji tak sampai RM2000, berapa je berbaki untuk menanggung hidup mereka empat beranak. Allahuakbar.. Ini bukanlah kali pertama kami dengar kisah keluarga susah meminjam pada along atau ceti. Mereka terdesak.. tak seperti kita kebanyakannya.. mereka tiada keluarga terdekat atau rakan-rakan yang boleh bantu. Akhirnya nyawa yang menjadi taruhan.. Di hari-hari akhir Ramadhan yang berbaki ini, sama-sama kita bantu dan doakan agar beban hutang Encik Asmadi dapat diselesaikan secepat mungkin. Bantuan boleh disalurkan di link kami di bio atau terus ke ARBA International Waqf (L) Foundation Affin Islamic Bank 1067 1000 8872 “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Nabi Muhammad SAW)

♬ original sound – ARBA Foundation – ARBA Foundation

Malah, isterinya yang berang dicekup meminta cerai daripadanya.  Lebih sebak, dia sanggup berhutang untuk membesarkan anak-anaknya sedangkan dan isterinya itu tidak bekerja hanya diminta untuk menjaga anak-anak sahaja.

Katanya lagi, selepas bercerai bekas isterinya membawa ketiga anak mereka pulang ke Kedah. 

Bagaimanapun, dia mengambil semula anak-anaknya selepas dimaklumkan oleh abang iparnya bahawa bekas isterinya mendera anak-anak mereka.

Tambah Asmadi lagi, meskipun perkara itu sudah sembilan tahun berlalu namun dia tidak menghalang jika bekas isteri mahu berjumpa dengan anak-anak.

Asmadi kini bekerja sebagai tukang sapu sampah terpaksa menanggung beban hutang pada ceti dan anak-anak juga berdepan kepayahan hidup di ibu kota. 

SUMBER: TikTok Arba Foundation