Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter @aidaazira yang memuat naik status menerima mesej berbaur lucah daripada seorang remaja lelaki di Instagram.
Lebih mengejutkan, remaja tersebut baru sahaja berusia 14 tahun namun mahu merogol. Dalam perkongsian itu, gadis itu turut memuat naik paparan skrin akaun Instagram remaja itu.
Gadis itu turut mempersoalkan, jika bertudung tetapi menerima mesej seperti ini daripada lelaki adalah salah wanita juga. Seperti kita tahu sebelum ini hangat diperkatakan apabila wanita dipersalahkan terutama penampilan mereka jika berlaku kes rogol
Aida turut memberi nasihat kepada ibu bapa diluar sana supaya mendidik anak-anak dengan betul dan memantau tingkah laku mereka.
Ujarnya, dia tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana simpati dan berharap perkongsian di media sosial itu dapat dijadikan pengajaran.
Dalam pada itu, seorang netizen turut bimbang dengan generasi muda yang kini semakin parah. Netizen itu turut berkongsikan video dalam permainan PUBG apabila ada unsur rogol dikalangan pemain dan lebih menyedihkan ianya dikalangan Melayu berusia 15 hingga 20 tahun.
sebenarnya generasi hari ni memang parah
samada kita sedar atau takhari tu dekat cheer park
dorang kejar pompuan
jom nak rogol ramai ramaipada mereka ITU gurauan?
tolonglaaaapompuan jerit janganla janganla
yang sedih melayu.kita
sore budak2laaa maybe 15- 20an pic.twitter.com/OHitHOKaz3— Putera Durian 🇲🇾 (@DurianPutera) February 21, 2021
Melihatkan perkongsian netizen itu, rata-rata netizen mengatakan anak muda sekarang semakin menakutkan dan mungkin para ibu bapa lebih peka dan memantau anak-anak meskipun dalam permainan game kerana bimbang perkara buruk terjadi.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
SUMBER: Twitter