Baru Balik Beraya Dari Kampung, Wanita Bengang Ada Puak Paksa Buat Open House

Hari raya tahun ini sememangnya cukup meriah ditambah dengan raya mengejut apatah lagi selepas dua tahun kita beraya dalam suasana pandemik.

Pasti ramai tidak melepaskan peluang untuk mengajurkan rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim antara tetamu dan tuan rumah.

Bagaimanapun, meskipun seronok beraya ke rumah saudara mara atau rakan, perlu menjaga adab dimana perlu mendapat jemputan daripada tuan rumah terlebih dahulu bukan terjah sahaja.

Seperti yang dilalui oleh seorang wanita ini yang kurang senang apabila ada pihak yang seolah memaksa untuk menganjurkan rumah terbuka sedangkan baru sahaja balik beraya dari kampung.

Dalam pada itu, wanita itu turut berkata tunggu dijemput oleh tuan rumah terlebih dahulu kerana setiap orang ada hal mereka masing-masing.

Posting tersebut mendapat pelagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan luahan wanita berkenaan, malah ada yang berkongsikan pengalaman sama.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan memang ada individu yang jenis memaksa sedangkan tidak pernah pun mengajak orang lain beraya ke rumahnya.

“Memang ada jenis macam ni, rumah dia tak pernah ajak. Rmah orang dia paksa-paksa,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, ada netizen berpendapat tuan rumah seharusnya menerima dengan hati terbuka apabila tetamu mahu berkunjung ke rumah kerana dianggap ‘pemberi rezeki’.

SUMBER: mStar Online