Baru Beberapa Jam Lahir, Ibu Beri Makan Bubur Disangka Anak Buka Mulut Sebab Minta Makan

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, masih ada ibu bapa diluar sana tidak belajar mengenai penjagaan anak.

Umum megetahui bayi yang baru dilahirkan mempunyai sistem penghadaman yang lemah dan hanya boleh di beri makanan pejal pada usia 6 bulan.

Baru-baru ini tular perkongsian di aplikasi TikTok seorang wanita menyudap anaknya dengan bubur segera. Lebih kasihan, bayi itu yang dilihat baring di atas katil hanya menelan bubur berkenaan.

Lebih mengejutkan, wanita berasal dari Indonesia itu berkata anaknya itu baru dilahirkan beberapa jam dan kononnya anaknya itu kelaparan kerana membuka mulut.

“Baru berapa jam lahir, mulutnya langsung minta ma’em milna (bubur segera),” katanya.

Video itu mengundang kemarahan netizen yang mengecam tindakan si ibu berkenaan serta bersimpati nasib bayi itu kerana mempunyai ibu yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER: Kisah Dunia