Baru Buka But Kereta, MBSA Dah Saman, Pelajar Ini Kongsi Kisah Baru Mula Berniaga

Bagi siapa yang pernah menjalankan perniagaan pastinya pernah menempuh pelbagai dugaan. Tidak kisahlah sama ada baru bermula atau pun sudah lama, cabaran dan rintangan dalam berniaga pasti ada.

BACA: Kemalangan Myvi Langgar Honda Di Johor Ini Buat Netizen Marah

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai pernglibatan seorang pelajar yang berusaha mencari duit tambahan untuk pembukaan semester baru. Memilih untuk berniaga menggunakan kenderaan, nampaknya permulaan kisah perniagaannya sedikit terbantut.

Menurut video pendek tersebut, ketika baru 5 botol terjual, mereka didatangi pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Biasalah, sudah memang itu tugasan mereka lagi pula jika redah saja buka gerai jualan yang bukan di tempatnya,kan?

Akibat daripada saman bernilai RM300 itu juga, ia menarik perhatian sekeliling malah kelihatan seorang Aunty berbangsa Cina menasihati dan memberi semangat kepada mereka.

Lebih menarik lagi, prihatin dengan situasi yang menimpa pelajar ini, masyarakat sekeliling dalam masa yang sama turut memberi sokongan dengan membeli apa yang dijual pelajar terbabit.

Sementara itu, di laman sosial juga, dia turut menerima tips untuk elak pegawai MBSA selain galakan agar terus berusaha untuk berjuang dalam dunia perniagaan.

Begitulah rencah kehidupan orang berniaga, walau berapa kali terjatuh, berpuluh kali juga bangun kembali.